Friday 14 July 2017

Nyaris jadi mangsa rogol










Seorang wanita nyaris menjadi mangsa rogol ketika berhenti di tandas sebuah stesen minyak di Machang pada Khamis lalu.

Pada kejadian kira-kira jam 11.35 pagi itu, wanita tersebut dikatakan ke tandas seorang diri sementara kakaknya bercakap di telefon.

Difahamkan ketika kejadian, tiada orang di dalam tandas tersebut kecuali terdapat satu bilik yang berkunci.

Ketika menggunakan tandas, wanita tersebut tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang memanjat dari tandas bersebelahan sebelum cuba merogolnya.

Mangsa yang ketakutan kemudiannya menjerit meminta tolong dan turut menggigit lelaki separuh bogel itu bagi menyelamatkan diri dan jeritannya didengari orang ramai yang berada di kawasan berdekatan.

Hasil tindakan pantas orang ramai, suspek dikepung dan ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani mengesahkan kejadian tersebut.

1 comments:

  1. 888sport Baccarat by S.B.B. - Baccarat - TheReader.com
    This is 메리트 카지노 주소 a very popular and fun card game by S.B.B. Players have access to free 바카라 Baccarat Baccarat online, where you 제왕카지노 can play against the computer or

    ReplyDelete