Tuesday, 22 August 2017

Bank AS mahu kekalkan kadar faedah



Semua 12 bank pusat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mahukan kadar komersial bank yang dikenakan untuk pinjaman kecemasan dikekalkan.

Bank pusat AS berkenaan mengekalkan penanda aras itu dalam mesyuaratnya pada 25 dan 26 Julai dan mengekalkan kadar diskaun tidak berubah pada 1- 3/4 peratus.

Bagi mengekalkan kadar berkenaan, semua pengarah bank serantau menyatakan bacaan inflasi adalah perlahan.

Dalam mesyuarat itu, mereka masih menunggu sama ada data yang diperoleh menyokong prospek semasa untuk pertumbuhan ekonomi yang berterusan, selain pengukuhan berterusan dalam pasaran buruh dan pulangan inflasi sehingga dua peratus dalam tempoh sederhana.

Fed menaikkan kadar faedahnya kali ketiga dalam tempoh enam bulan pada mesyuarat yang diadakan pada Jun, mengenai kekuatan pasaran kerja AS.

Bank pusat itu bagaimanapun masih menjangkakan kenaikan kadar lain dalam tahun ini, meskipun beberapa pegawai berdepan kebimbangan mengenai bacaan inflasi yang kurang memberangsangkan.

0 comments

Post a Comment