Harga minyak stabil hari ini disokong penggunaan yang kukuh.
Namun begitu, ia masih dikekang oleh bekalan yang tinggi dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroelum (OPEC) dan Amerika Syarikat (AS).
Kontrak hadapan minyak mentah Brent, penanda aras bagi harga minyak antarabangsa, berada pada paras AS$48.55 setong pada 0130 GMT, naik 13 cents atau 0.3 peratus daripada penutup terakhirnya.
Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$46.12 setong, naik 10 cents atau 0.2 peratus.
Dalam petunjuk permintaan yang kukuh, perangkaan semalam menunjukkan kilang penapisan di China meningkatkan pengeluaran minyak mentah kepada rekod tertinggi kedua pada bulan lalu.
Walaupun begitu, pasaran minyak mentah masih bergelut dengan lebihan bekalan sejak 2014, yang menyebabkan penurunan harga lebih 50 peratus sejak itu.
Perjanjian oleh OPEC dengan Russia serta pengeluar bukan OPEC lain untuk mengurangkan bekalan sekitar 1.8 juta tong sehari antara Januari 2017 hingga Mac 2018 setakat ini tidak membawa kepada pasaran yang lebih ketat dan harga tinggi yang diharapkan oleh pengeluar.
Ia berikutan bekalan di kalangan anggota OPEC kekal tinggi susulan peningkatan pengeluaran dari Nigeria dan Libya, dua anggota OPEC yang dikecualikan daripada pakatan itu serta peningkatan pengeluaran AS. - Reuters
0 comments
Post a Comment