Monday, 17 July 2017

Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi rendah








 Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi rendah hari ini.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 0.80 mata lebih rendah kepada 1,754.39, selepas bergerak antara 1,753.22 dan 1,758.14 sepanjang sesi pagi ini.

Indeks utama itu dibuka 2.95 mata lebih tinggi kepada 1,758.14.

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 370 berbanding 335 dengan 386 kaunter tidak berubah, 701 tidak didagangkan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan mengakhiri sesi dagangan pagi pada paras 1.10 bilion saham bernilai RM895.67 juta.

0 comments

Post a Comment